Serasi bersama atau bak kata ajai sherashi bershama-shama. Kalau nak sebut tu, kalau boleh biar tersembur-sembur air liur sikit baru jadi. Itulah tajuk aktiviti malam kedua setelah berpenat lelah bertarung nyawa dengan aktiviti bola sepak pantai, tarik tali, cari gula-gula dalam tepung dan buat pertama kalinya naik banana bot.
Ok, biasa kita tengok serasi bersama ni kat tibi je, tapi kali ni depan-depan mata beb. Yang bestnya pulak, kat sini lah baru kita tau perangai pasangan masing-masing gitu. Baru lah kita tau orang ni perangai dia manja, orang ni perangai dia malas, ade pulak yang suami dia yang rajin kemas rumah. Takpe la, nama pun serasi bersama ye tak?
Aktiviti ni dikelolakan oleh ezan dan moksu, yang memang semua orang dah tau, ezan kerja nya nak kena kan orang je.. Tak kira lah orang tu pakcik dia ke sepupu dia ke abang dia ke memang semua dia bahan cukup-cukup, pukul rata..
Setiap pasangan kene ambik 5 soalan yang rambang untuk disoal kepada pasangan tu sendiri..
Soalan nya takde lah panjang mane, tapi bahan mengutuk tu yang panjang berjela-jela.
'' Siapakah antara anda yang paling manja? ''
'' Siapakah yang paling rajin mengemas rumah? ''
Maka dengan tersipu-simpul biawak nya terpaksa la angkat tangan mengaku diri nya manja. Kalau sebelum ni pasangan die je yang tau dia ni manja. Sekarang nah... sume-sume dah tau! malu tau kite''.
PERTANDINGAN BERMULA...!!
'' Siapakah antara anda bedua yang pandai cakap omputeh? '' abg edy dengan laju dan semangatnya mengangkat kertas yang tertera perkataan ISTERI..
PASANGAN KEDUA..
'' Siapakah yang paling malas!? ''
Eh! tak sama plak ? dah..siapa pulak yang malas ni. |
Oregh kato kami legend...hok baju pong dah same kaler
5 soalan 5 betul.! Sah memang serasi pasangan ni...! Tapi jangan disangka takde yang lawan?? hah... |
'' Siapakah yang paling kuat tido ?''
'' Suami! suami!...yey! baru orang tau suami kita ni kuat tidur...( bukan tido, tapi terlelap ) " Siapakah yang malas membaca ? '' |
Malas membaca? ah! kertas apa ni.... angkat jela.. |
Membahan orang ni bende yang seronok, tapi kalau kene kat diri sendiri... Tu yang rasa macam nak hentak kepala kat dinding laju-laju.
'' Siapa yang tidur berdengkur ? ''
Mustahil la kalau isteri yang berdengkur ye tak? Ezan pun dengan riak nya mengaku la diri sendiri..Walaupun tidur-tidur ayam, dengkur nya macam V-tec twin turbo. |
'' Siapakah yang suka berdiet? ''
Kite! kite!.... aik! bile masa suami kita ni berdiet? wahh kompius-kompius |
'' Siapa kah yang paling suka membebel? ''
PASANGAN TERAKHIR..
'' Siapakah antara anda berdua yang rajin basuh pinggan? ''
Takkan lah suami yang rajin ye tak? Tapi jangan silap...hah! sekali jawapan die suami da...ape pun tak boleh. |
bersambung...
1 comments:
hahahaha.. hampeh.. sendiri buat soalan, tapi tak menang jugak..!!
Post a Comment